Monday, June 30, 2008

Latest Update Mengenai PSM 2008/2009

Terima kasih atas respond daripada kamu semua.

Keputusan daripada mesyuarat saringan kedua pada 30/6/08:

a) Terdapat beberapa topik yg telah dicadangkan oleh Pkdt telah ditolak atas alasan tidak memenuhi kriteria PSM. Harap maklum dan jika perlu penerangan lanjut,sila call saya

b) Mulai sekarang, AJK PSM telah bersetuju untuk meletakkan calon PSM mengikut bidang pengkhususan pengajian masing2. Erti kata utk :

SZT - perlu mengambil topik2 PSM Bidang Aero
SZM -perlu mengambil topik2 PSM Bidang Mekanikal,Bahan
SZA- perlu mengambil topik2 PSM Bidang Automotif

Jika topik2 bidang tersebut telah penuh iaitu fully booked, barulah kamu (sesiapa yg tidak mempunyai tajuk mengikut bidang kamu) di beri peluang untuk memilih topik2 pensyarah
yang lain. Tetapi tajuk PSM itu mesti lah juga relevan dengan bidang kamu sedikit sebyk dan juga persetujuan penyelia.Mengenai katergori bidang tersebut kamu boleh semak semula listing tajuk dibawah.

Ini bermakna, MINTA MAAF, sesiapa yang booking tajuk bukan bidang pengkhususan, kamu akan berkemungkinan besar akan ditukarkan kepada tajuk yg berkaitan bidang kamu. Sebagai contoh:

Pelajar SZT- memilih tajuk bidang Mekanikal. Kemungkinan booking akan ditolak dan akan disuruh untuk mengambil tajuk bidang SZT. Jika sudah penuh topik SZT, beliau boleh mohon topik mekanikal,bahan atau auto. Tetapi berkemungkinan besar akan dpt topik yg kurang digemari atau diluar bidang pengetahuan kamu (extra revision work)

Dan juga para penyelia juga diberi hak untuk tidak menerima Pkdt jika didapati mereka tidak memenuhi pra-syarat yg telah ditetapkan oleh penyelia.

So harap dapat check balik tajuk2 yang ada sekali lagi pada POSTING DIBAWAH. Ini adalah keputusan daripada AJK PSM dimana ianya adalah bertujuan untuk mengukur prestasi dan keupayaan Pkdt didalam mengaplikasi semua subjek2 yg telah dipelajari mengikut bidang masing2. So GOOD LUCK

JIKA KAMU MASIH "BERSEMANGAT" UNTUK MENCUBA TOPIK DILUAR BIDANG KAMU, CUBA JUSTIFY PERMOHONAN KAMU DENGAN RELATE KAN DENGAN PENGALAMAN LI ATAU BIDANG KAMU.

SILA BINCANG DENGAN PENYELIA TOPIK TERSEBUT UNTUK MENDAPATKAN PERSETUJUAN BELIAU. JIKA PENYELIA BERSETUJU UNTUK BACK-UP PERMOHONAN KAMU + JADI SUPERVISOR, BARU INFORM SAYA.

JGN TELEFON/SMS/EMAIL SAYA TANPA MENDAPAT CONFIRMATION DRP PENYELIA PILIHAN KAMU. KERJASAMA ANDA SEMUA AMAT SAYA HARGAI

HARAP DAPAT BERTINDAK CEPAT SEBELUM SAYA AGIHKAN NAMA KAMU MENGIKUT CITARASA DAN BUDI BICARA PENYELIA YG LAIN. SAYA AKAN AGIHKAN NAMA KAMU KEPADA SEMUA PENYELIA DAN MEREKA AKAN PILIH SESIAPA YG MEREKA ANGGAP BERSESUAIAN SBG STUDENT MEREKA.

AFTER 4/7/08, KALAU KAMU TAK BUAT BOOKING, BAK KATA IBRAHIM PENDEK (ARWAH) "MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!!!!"

PECAH KACA,
PECAH GELAS,
LEPAS BACA,
HARAP RE-BOOKING LEKAS.

No comments: