Setelah sekian lama menyepi, ini adalah posting terkini berkenaan PSM 2008/2009 (1)
Perkara 1 - Sebutharga/Quotation
Saya telah maklumkan kepada semua penilai beberapa bulan lepas bahawa mana-mana student yang ingin membeli barangan bagi projek mereka, perlu mencari dan mendapatkan sebutharga atau quotation daripada pihak pembekal. Kalau kamu tak tahu apa itu quotation sila jumpa dengan pegawai bendahari atau saya.
Quotation tersebut hendaklah mempunyai letter head company serta maklumat2 tentang perkara pembelian. Maksudnya perlu yg original...photocopy atau scanned atau fax version tidak akan dilayan
Bagi student yang ingin menggunakan faksiliti testing/makmal di organisasi lain, sila dapatkan sebutharga juga supaya saya boleh buat proposal pembayaran
So far student yg confirm nak beli guna duit universiti
Norzaima,Arvin,Zulharris,Nik Fajarul,Alif Aiman,Ismail.
Tarikh akhir proses2 ini adalah pada hari Jumaat minggu terakhir kuliah UPNM. Kalau lambat, pihak jabatan Mekanikal tidak teragak-agak untuk me"reject" permohonan yang lambat.
Perkara 2 -Seminar PSM 1
Secara tak rasmi, saya meramalkan bahawa tarikh Seminar 1 PSM pada 24hb hingga 26 hb November 2008. Ini akan diumumkan kelak setelah saya mendapat persetujuan jawatankuasa PSM.
Perkara 3- Prestasi Pelajar/Maklumbalas dari Penyelia
Daripada risikan-risikan yang dibuat, maklumat yang diterima daripada penyelia adalah tidak memuaskan. Ada segelintir kamu semua tidak menunjukkan minat untuk menjalankan projek kamu sepertimana yang telah diharapkan. Ada yang terlalu mengharapkan info atau data-data daripada penyelia kamu dan bersikap "carrot and stick approach" (kalau tak tau sila tanya P.M Fakri).
Saya akur kemungkinan ada diantara kamu masih tidak faham tentang kehendak topik yang telah diberikan tetapi jika ditambah dengan minat dan daya usaha, insyallah kamu akan lulus.
Disini saya boleh conclude'kan masalah-masalah umum yang dilaporkan kepada saya dan juga pengamatan saya sendiri
i) Kurang gemar membaca jounal/laporan teknikal
ii) Kurang faham bahasa technical English
iii) Kurang tumpuan, mgkn beban subjek lain, masalah remaja
iv) Kurang mengamalkan adat berguru dengan membawa buah tangan
v) Kurang asam???? (hehehehe)
Jadi saya mempunyai expectation yang tinggi menggunung supaya kamu semua akan excel dalam seminar kamu. Saya nasihatkan kamu full-swing berjumpa dengan penyelia kamu dan cuba berbincang bagaimana kamu boleh tingkatkan lagi mutu submission bahan untuk seminar 1.
Ingat sila datang dengan soalan-soalan yang kritikal, bahan bincang yang relevan dan juga make sure you make your homework. Datang kosong, balik mgkn kosong.
Good Luck
Thursday, October 9, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)